Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘sensitiviti’

Sensitiviti atau sensitivity dalam English merupaka kaedah sukatan penerapan cahaya bagi sesuatu filem atau sensor. Secara konvensyenal, filem dikeluarkan dalam perlbagai sensitiviti berdasarkan sukatan yang standard seperti ASA/DIN/ISO untuk kegunaan yang berbeza-beza. Filem yang bersensititivi rendah menhasilkan bintik (grain) yang halus tetapi memerlukan jumah cahaya yang tinggi. Ini amat sesuai untuk fotografi luar rumah (Outdoor Photography). Akan tetapi, jika jumlah cahaya itu kurang atau memerlukan shutter speed yang tinggi seperti aksi sukan, filem yang lebih sensitif atau filem laju (fast film) diperlukan. Akan tetapi, filem sebegini menghasilkan bintik yang lebih kasar dan menjadikan imej berbintik atau “grainy”.

ISO 100 dikirakan sebagai “normal” walaupun terdapat ASA 25 dan sebagainya. Pada era kamera digital sekarang ini, kebanyakannya samada “point & shoot” mahupun DSLR, pengguna boleh memilih nilai ISO nya. ISO boleh dipilih dari 100, 200, 400, 800 malah sehingga 3,200. Harus diingatkan bahawa, seperti juga filem, penggunaan ISO tinggi menyebabkan hasilnya “grain” dan dalam kamera digital kenali sebagai “noise”.

Dalam arus kemajuan teknoloji, kamera digital tahap tinggi (High End DSLR) seperti Canon 1DsMkIII atau Nikon D3, kini mempunyai penggurusan “noise” yang amat berkesan. Malah Nikon D3 kini telah membuka era baru dalam dunia fotografi digital dengan “ISO 32,000 equiv” dengan pengurusan “noise” yang lebih berkesan dari Canon. Seperti mana yang saya katakan dalam perihal pemilihan kamera, saingan antara pengeluar akan sentiasa berterusan.

Credit : docFaisal

Read Full Post »