Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Barongan’

Tarian Barongan

Tarian Barongan merupakan sejenis tarian rakyat yang menggambarkan kisah-kisah di zaman Nabi Sulaiman a.s. dengan binatang-binatang yang boleh bercakap. Kononnya, seekor harimau telah terlihat seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya. Apabila terpandang harimau, merak pun melompat di atas kepala harimau dan keduanya terus menari.

Tiba-tiba seorang Juru Iring bernama Garong yang mengiringi Puteri Raja yang sedang menunggang kuda lalu di kawasan itu. Melihatkan kedua haiwan itu menari, Pamong lalu turun dari kudanya dan menari bersama-sama binatang tadi. Tarian ini terus diamalkan dan boleh dilihat di daerah Batu Pahat,  Johor dan di negeri Selangor. Di antara alat-alat muzik yang digunakan bagi mengiringi tarian Barongan ialah gong, gendang, dan angklung.

Tarian Barongan dipercayai berkembang di Malaysia sekitar 1722, oleh masyarakat Jawa ke Malaysia. Ketika kerajaan Riau-Lingga hancur, para abdi kerajaan hijrah ke Johor Malaysia dan mengembangkan berbagai kebudayaan Melayu di Malaysia.

Ape pon sejarah di balik barongan ni aku tertarik, sebenarnya masa ni aku pergi menembak saudara aku kawin kat Kluang Darat (Rengit)..kat sini memang perkampungan Jawa majoriti penduduknya memang speaking Jawa abes..ade la 2 3 patah yang aku paham…hehehe..

Ok, berbalik kepada topic barongan ni..seronok sebenarnya kita dapat lihat budaya dan masyarakat yang ada kat malaysia ni….dari Javanese to Mat saleh wannabeist….hehehe

so kat sini aku saji kan serba sedikit aksi-aksi barongan tersebut….

aku akan ceritakan satu persatu gambar tersebut pada post seterusnya…………

 

Read Full Post »