Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Tutorial’ Category

Orginal from camera [cropped]
Grandma L O V E Me

Grandma L O V E Me

Edited [Enhanced]
”]”]Grandma L O V E Me [Enhanced]
Editing Step:
  1. Copy original image[buat lagi satu salinan image[layer baru]]
  2. Unsharp mask

Menukar mood warna

  1. Adjust Level(Ctrl+L) pada paras yng dikehendaki.
  2. copy layer asal dan ubah blending mode layer tersebut kepada overlay,kemudian adjust opacity secukup rase. (aku, 20%-xnmpk sgt)
  3. kemudian ubah pula Color Balance, Image>Adjusment>color Balance, ubah pada highlights dan shadows, tanpa melakukan sebarang pada Midtones.
  4. Gune kan burn tool utk menghilangkan(hitamkan) distract area..seperti kerusi..
  5. Gunakan pula Dodge tool utk menghighlightkan area..

 

Utk mendapatkan mata yang glossy.

  1. Gunakan lasso tool (aku gune magnetic lasso) utk copy kawasan mata sahaja,kemudian tekan shortcut  Ctrl+J [layer Via copy]
  2. kemudian setelah mata mempunyai layer sendiri, tukarkan blending mode kepada Linear Dodge, dan adjustkan opacity mengikut keselasaan dan kepuasan.
  3. then mata akan nampak sedikit glossy

dan last skali letak la vignette sikit.

Filter>Distort>Lens correction

Advertisements

Read Full Post »

selain terlibat dgn fotografi,image editing, aku juga merupakan seorang yang terlibat dgn dunia ICT, yang terbaru aku baru saje test GIMP (dah lame dah try, tapi baru jatuh cinta)..

function, tools,filter, hampir dan lebih kurang same dgn ADobe PS

setelah sekian lame aku mengabdi kan diri aku dgn adobe photoshop (walau pon x khatam lagi)..

kini aku beralih gune GIMP lak(PS x la tinggalkan,still gune lagi wooooo)…byk tools yg lebih kurang dgn PS.. memang ade beza, walaupon bleh run pada ram 512 xla berat sgt berbanding PS, aku gune CS 3 sblm ni memang la terkial2 nak load, aduh terbantut kerja aku..dah lah aku punye spec hampeh..kini aku selesa dgn GIMP(tgh blaja lagi..)

ni ade screenshot GIMP on UBUNTU linux..

tedapat gak Windows version dan juge MAC

dan ia adalaha

PERCUMA!!!

GIMP best

GIMP

boleh dapatkan nya disini http://www.gimp.org/downloads/

Read Full Post »

Sensitiviti atau sensitivity dalam English merupaka kaedah sukatan penerapan cahaya bagi sesuatu filem atau sensor. Secara konvensyenal, filem dikeluarkan dalam perlbagai sensitiviti berdasarkan sukatan yang standard seperti ASA/DIN/ISO untuk kegunaan yang berbeza-beza. Filem yang bersensititivi rendah menhasilkan bintik (grain) yang halus tetapi memerlukan jumah cahaya yang tinggi. Ini amat sesuai untuk fotografi luar rumah (Outdoor Photography). Akan tetapi, jika jumlah cahaya itu kurang atau memerlukan shutter speed yang tinggi seperti aksi sukan, filem yang lebih sensitif atau filem laju (fast film) diperlukan. Akan tetapi, filem sebegini menghasilkan bintik yang lebih kasar dan menjadikan imej berbintik atau “grainy”.

ISO 100 dikirakan sebagai “normal” walaupun terdapat ASA 25 dan sebagainya. Pada era kamera digital sekarang ini, kebanyakannya samada “point & shoot” mahupun DSLR, pengguna boleh memilih nilai ISO nya. ISO boleh dipilih dari 100, 200, 400, 800 malah sehingga 3,200. Harus diingatkan bahawa, seperti juga filem, penggunaan ISO tinggi menyebabkan hasilnya “grain” dan dalam kamera digital kenali sebagai “noise”.

Dalam arus kemajuan teknoloji, kamera digital tahap tinggi (High End DSLR) seperti Canon 1DsMkIII atau Nikon D3, kini mempunyai penggurusan “noise” yang amat berkesan. Malah Nikon D3 kini telah membuka era baru dalam dunia fotografi digital dengan “ISO 32,000 equiv” dengan pengurusan “noise” yang lebih berkesan dari Canon. Seperti mana yang saya katakan dalam perihal pemilihan kamera, saingan antara pengeluar akan sentiasa berterusan.

Credit : docFaisal

Read Full Post »